Yang terlalu suka bercakap, ketawa.

Saturday, March 1, 2014

Friday, February 28, 2014

Sengaja atau apa?

kali ini--
aku betul2 diuji
diuji bertubi-tubi
mahu menolak
aku cuma hamba

aku tak kuat
tambahan pula mereka yang betul2 memahami
terlalu jauh dengan aku
tak mampu untuk aku bertahan pada tahap ini
aku betul2 tak kuat

semakin ramai yang aku kenal
makin bertambah kesakitan
apa mungkin mereka ini sengaja?
sengaja untuk menambah sakit yang ada?

atau APA?

Tuesday, February 18, 2014

rayu aku

aku dah tak kuat
sumpah
aku bukan lagi aku yang dulu

mana semua kekuatan aku
mana semua kebahagiaan aku
yang dulu

tolong,
pulangkan

atau,
tunjuk aku jalannya




Thursday, February 13, 2014

cuma kamu

ramai yang aku jumpa
ramai yang cuba dekat

tapi
yang ada dalam hati
cuma kamu

usah risau
tak semudah itu untuk aku buang kamu
bila jiwa sudah sebati

Tuesday, January 28, 2014

hampir lemas.

lemah--
aku semakin lemah
kekuatan yang ada pada aku
semakin hilang
seolah olah ada yang membawa pergi

entah kemana
aku tak pasti

lemas--
aku hampir lemas dibawa ombak mimpi
yang amat deras




Friday, January 24, 2014

separuh sedar.

mungkin;

jasad aku disini
tapi siapa tahu
hati aku masih disana

aku rindukan banyak benda dan ramai orang
yang tak mampu untuk aku bawa
datang ke sini

hari hari;
aku cuba terima dengan apa yang datang
aku perlu sedar
bahawa aku bukan lagi di tempat lama

bangun--
jangan biarkan mimpi melenyapkan realiti
satu hari nanti
kau juga yang rugi
menangis menggigit jari



Thursday, January 23, 2014

ini lumrah.

kau rapat dengan dia
kau anggap dia kawan

tapi--
dalam diam;

dia anggap lebih dari itu
dia mula berharap

tanpa kau perasan--
kau seolah olah bagi dia harapan
sedangkan kau tak bermaksud apa apa
selain
BERKAWAN

lebih parah--
bila mereka menuding jari pada kau
seolah olah kau lah yang jahat
senang senang bagi harapan dan hancurkan hati dia
semuanya salah kau

bertambah parah--
bila si penuding tak selidik sebelum menyalahkan
senang senang bercakap kononnya dia je lah yang betul

bila dibetulkan apa yang salah--
mula lah melenting
mula lah keluarkan segala hadith
sedangkan--
menuduh itu juga dosa
oh mungkin mereka lupa tentang itu

tak apa--
biarkan saja
senyum
tak perlu bertekak disebabkan kau mahu tunjuk pada mereka yang kau betul
"silent doesnt mean that u are weak/ loser but you gather all of your energy to make strong power"

Allah ada
Dia tahu apa yang berlaku
siapa yang dituduh
siapa yang menuduh
siapa yang teraniaya
siapa yang benar

sekian.